Alangkah mudahnya sekiranya ada pokok yang membuahkan wang.
Ramai yang tertanya-tanya, mengapakah Tuhan tidak mencipta sebatang pokok yang boleh membuahkan wang.
Tetapi pernahkah kita semua berfikir...
- Adakah manusia akan berusaha jika segalanya menjadi mudah untuk mereka?
- Adakah manusia akan merasai kegagalan dan kejayaan?
- Adakah manusia akan mencari ilmu dan kemahiran?
Jawabnya,
Tuhan tidak mencipta pokok sebegitu kerana menghendakkan manusia mengenali kesusahan hidup dan berusaha mengatasinya. Yang lebih penting ialah apa yang kita pelajari dalam usaha mencari wang untuk kehidupan yang sempurna. Justeru, janganlah membazir wang dengan sewenang-wenangnya. Kekayaan yang kita kecapi hari ini tidak pasti akan kekal pada hari esok. Hanya simpanan kita yang akan membantu kita esok ketika waktu kesusahan. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan wang untuk kebaikan masa depan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan