Kali ini saya ingin menceritakan tentang keunikan rakyat Malaysia dalam membelanjakan wang.
Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia dikenali sebagai syurga makanan di mata dunia.
Tidak juga dinafikan peratusan populasi rakyat Malaysia yang mengalami obesiti mencecah lebih 20% daripada jumlah populasi keseluruhan.
Jika dikaji dengan mendalam' didapati kepelbagaian makanan di negara kita ada kaitannya dengan peratusan obesitinya. Rakyat Malaysia membelanjakan banyak wang untuk makan,makan dan makan.
Ini tidak bermakna kita harus menyisihkan makanan tempatan tetapi ingin diingatkan supaya kita berpada-pada dalam membelanjakan wang untuk tujuan ini. Wang yang berlebihan itu bolehlah kita
gunakan untuk meningkatkan taraf ekonomi kita sekaligus memanifestasikan ekonomi negara.
Pada masa yang sama, janganlah kita mengabaikan industri makanan tradisional atau tempatan ini kerana industri ini mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Bukankah dengan cara ini, masyarakat kita turut mendapat kebaikan dari segi ekonomi?
Tinggalkan komen anda... terima kasih!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan