letter c letter E airwaLk letter i letter K letter W letter A letter N letter G

3/14/2011

OBESITI atau EKONOMI ???

Kali ini saya ingin menceritakan tentang keunikan rakyat Malaysia dalam membelanjakan wang.
Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia dikenali sebagai syurga makanan di mata dunia.
Tidak juga dinafikan peratusan populasi rakyat Malaysia yang mengalami obesiti mencecah lebih 20% daripada jumlah populasi keseluruhan.
Jika dikaji dengan mendalam' didapati  kepelbagaian makanan di negara kita ada kaitannya dengan peratusan obesitinya. Rakyat Malaysia membelanjakan banyak wang untuk makan,makan dan makan.
Ini tidak bermakna kita harus menyisihkan makanan tempatan tetapi ingin diingatkan supaya kita berpada-pada dalam membelanjakan wang untuk tujuan ini. Wang yang berlebihan itu bolehlah kita
gunakan untuk meningkatkan taraf ekonomi kita sekaligus memanifestasikan ekonomi negara.
Pada masa yang sama, janganlah kita mengabaikan industri makanan tradisional atau tempatan ini kerana industri ini mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Bukankah dengan cara ini, masyarakat kita turut mendapat kebaikan dari segi ekonomi?

Tinggalkan komen anda... terima kasih!

2/13/2011

Produk Malaysia Kebanggaan Kita

Apakah kaitannya produk Malaysia dan masyarakat yang celik wang?
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya membeli produk Malaysia kerana produk kita lebih murah berbanding produk import. Hal ini demikian kerana produk import dikenakan duti import serta kos perkapalan. justeru, secara tidak langsung kita boleh menjimatkan wang dengan membeli produk Malaysia.
 Selain itu, ramai juga yang tertanya-tanya bahawa "tidak kira saya membeli barangan tempatan atau import, wang saya juga yang kehabisan, jadi bagaimanakah ini dikatakan sebagai "celik wang". Sebenarnya pendapat sedemikian salah kerana kita tidak sedar bahawa wang yang kita gunakan untuk membeli barangan tempatan menyumbang kepada ekonomi negara kita sendiri. Apabila negara kita maju, maka kita sebagai rakyatnya turut maju!
 Produk buatan Malaysia sememangnya pilihan bijak untuk masyarakat kita.

2/11/2011

10 Tips menjimatkan wang.

1. Kenal pasti keperluan dan kehendak.
2. Buat rancangan bajet berdasarkan pendapatan.
3. Kurangkan belanja yang kurang penting dan utamakan yang penting.
4. Beli barangan tempatan kerana tiada duti import.
5. Beli barangan yang tahan lama selain harga yang berpatutan.
6. Sekiranya boleh tawar-menawar harga, tawarlah dengan sebaik mungkin.
7. Simpan wang lebihan di bank.
8. Labur wang dalam perniagaan yang anda pasti keberkesanannya.
9. Gunakan wang untuk insurans.
10. Kurangkan makan di luar, sebaliknya masak sendiri di rumah.

2/10/2011

Pokok wang

!!! POKOK WANG !!!  
     
Alangkah mudahnya sekiranya ada pokok yang membuahkan wang.
Ramai yang tertanya-tanya, mengapakah Tuhan tidak mencipta sebatang pokok yang boleh membuahkan wang.
Tetapi pernahkah kita semua berfikir...
  • Adakah manusia akan berusaha jika   segalanya menjadi mudah untuk mereka?
  •  Adakah manusia akan merasai kegagalan dan kejayaan?
  • Adakah manusia akan mencari ilmu dan kemahiran?

Jawabnya,
Tuhan tidak mencipta pokok sebegitu kerana menghendakkan manusia mengenali kesusahan hidup dan berusaha mengatasinya. Yang lebih penting ialah apa yang kita pelajari dalam usaha mencari wang untuk kehidupan yang sempurna. Justeru, janganlah membazir wang dengan sewenang-wenangnya. Kekayaan yang kita kecapi hari ini tidak pasti akan kekal pada hari esok. Hanya simpanan kita yang akan membantu kita esok ketika waktu kesusahan. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyimpan wang untuk kebaikan masa depan kita.

2/07/2011

Gemuruh Jiwa

Lagu di sebelah membawa erti yang mendalam tentang kejayaan.
Setiap orang yang ingin berjaya seharusnya mementingkan kewangan selaras dengan semangatnya untuk berjaya selain usaha yang berterusan.
Ini tidak bermakna wang adalah semuanya tetapi yang ingin dijelaskan ialah kewangan merupakan satu elemen yang penting untuk melengkapkan diri kita menuju ke puncak kejayaan.




Semangat + Usaha + doa + sokongan +KEWANGAN= KeJaYaAn

2/05/2011

Berbelanja secara berhemah

Bagaimanakah cara kita berbelanja?
Boros atau berjimat-cermat.
Ramai di antara kita tidak pasti samaada kita berjimat-cermat atau tidak. Mungkin ada yang beranggapan barang yang sebenarnya tidak perlu diperlukan serta sebaliknya. Justeru untuk mengatasi masalah ini, kita sepatutnya bijak membahagikan antara keperluan dan kehendak.
Apa yang dimaksudkan dengan keperluan dan kehendak?
Rumusan: SEbelum kita berbelanja kita harus fikirkan sama ada barang itu perlu untuk kehidupan atau tidak. Kita harus meminimakan belanjan terhadap kehendak kita.

2/03/2011

Siapakah beliau?

Carlos Slim Helu merupakan lelaki paling kaya di dunia mengikut statistik terkini.
Beliau dilahirkan pada 28 Januari 1940. Opsyen beliau ialah bidang telekomunikasi.
Apa yang ingin dibincangkan ialah beliau sudah memiliki harta sejumlah US$ 40 Juta seawal usia 26 tahun.
Mesej yang ingin saya bawa ialah sesuatu kejayaan harus dirancang dari awal.
Beliau juga merupakan manusia biasa. Perbezaan antara beliau dan kita hanyalah kebijaksanaan mengurus wang.Oleh itu, marilah kita belajar mengurus wang sejak kecil lagi.

Pokok Pangkal

Kecemerlangan sesebuah masyarakat bermula daripada setiap individu yang menganggotainya dan kecemerlangan setiap individu itu bermula sejak usia kecilnya.
Setiap individu yang mengharapkan kecemerlangan pasti mempunyai matlamat.
Namun persoalan-persoalan ini sentiasa merungsingkan mereka:
  • Mampukan saya mencapai matlamat saya itu?
  • Adakah usaha yang saya lakukan cukup untuk berjaya?
  • Adakah usaha saya itu memerlukan wang yang banyak?
  • Perlukah saya bergantung kepada orang lain bagi menjayakan impian saya itu?
  • Adakah sekiranya saya tidak berjaya akibat kekurangan wang?
Jawabnya, Setiap insan yang di dunia ini dilahirkan untuk berjaya. Banyak usaha yang dilakukan tetapi ramai yang beranggapan kewangan bukan merupakan usaha yang patut dilakukan. Secara realitinya, kewangan merupakan kunci untuk membuka pintu kejayaan. Justeru, marilah kita menguruskan kewangan dari sekarang sebagai bekalan masa hadapan.

Terima kasih kerana sudi membaca dan berusaha untuk berjaya.